Panduan hidup yang disediakan Allah SWT dipanggil syariat. Mempelajarinya merupakan fardhu ain (menjadi kewajipan ke atas semua orang- lelaki dan perempuan). Masa mempelajarinya pula ialah dari buaian hingga ke liang lahad. Apabila telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai pula masa untuk mengamalkannya. Itulah amalan syariat.
Di sekolah anak-anak tidak berpeluang mempelajari ilmu-ilmu fardhu ain selengkapnya kerana masa yang sangat terhad diperuntukkan untuk mempelajari ilmu ini. Modulnya pula tidak menyeluruh dan kurang mantap. Kalau pun ada pun ia berorientasikan peperiksaan, bukan penghayatan. Dengan berkembangnya aktiviti dakwah dan usrah, kesedaran timbul di kalangan ibubapa dan anak-anak untuk menguasai ilmu agama.
Bagi membantu mendalami ilmu fardhu ain, setidak2nya di peringkat asasnya sekalipun, alhamdulillah, kami di Kedai Buku Pinksemalu ini mengesyorkan buku tulisan Ustaz Dato' Ismail Kamus bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat sebagai panduan asas untuk anda, khususnya mereka yang tiada latar belakang pendidikan agama. Pendedahan daripada buku ini, bolehlah menjurus ke bahagian2 yang lebih terperinci selepas itu. Buku ini juga sangat sesuai sebagai panduan dan rujukan untuk mendidik sendiri anak-anak tentang fardhu ain, daripada mengharapkan guru-guru semata-mata. Diharap sama-sama kita mendapat manfaatnya, InsyaAllah.




















